Saturday, 24 September 2016

Panduan membeli tiket airasia


Beli tiket airasia secara online lebih murah daripada beli dikaunter.
Ramai yang tidak sedar bahawa pembelian tiket airasia secara online adalah lebih murah berbanding membeli tiket di kaunter airasia ataupun kaunter ejen-ejen airasia.  Apa yang lebih menarik dengan pembelian tiket secara online adalah, kita boleh membuat pilihan perkhidmatan yang disediakan dengan harga yang lebih murah.

Bagi mereka yang tidak pernah membeli tiket airasia secara online. Di sini saya sediakan beberapa panduan berguna.

Sebelum membeli tiket secara online pastikan kita ada salah satu pilihan cara pembayaran:-

      1.  Online banking
Online banking adalah pilihan cara pembayaran yang paling murah untuk pembelian tiket airasia. Biasanya, setiap 1 transaksi pembelian airasia menggunakan cara pembayaran online banking akan dicaj sebanyak RM4 (tidak termasuk gst) tanpa mengira bilangan penumpang dan perjalanan.  Contohnya 2 orang penumpang, mengambil penerbangan pergi-balik. Caj yang dikenakan adalah RM4 (tidak termasuk gst)

      2.  Kad kredit/kad debit
Caj pembelian menggunakan kad kredit/kad debit adalah rm8 (tidak termasuk gst) setiap seorang, setiap perjalanan. Sebagai contoh 2 orang penumpang, mengambil penerbangan pergi-balik. Caj yang dikenakan adalah 2 orang x 2 perjalanan x RM8 iaitu rm32 (tidak termasuk gst) .

Cara membeli tiket airasia secara online:-
(sebelum membeli tiket airasia, sebaiknya daftar terlebih dahulu untuk memudahkan kita membuat tempahan tiket)

Langkah 1:-
-Masuk ke laman web  https://booking.airasia.com/ 
-Masukkan maklumat carian, contohnya:- 
  • jalan sehala (one way)
  • Johor ke Kota Kinabalu 
  • tarikh 8/10/16
  • penumpang seorang dewasa
 

Langkah 2:-
Gambar di bawah adalah hasil maklumat untuk carian di atas.

 

Langkah 3:-
Buat pilihan masa penerbangan.  Contohnya penerbangan 7.25am, harga RM119 kemudian tekan butang "continue"


Langkah 4:-
Seterusnya kita dikehendaki "login" masuk ke dalam sistem, masukkan email dan password yang didaftarkan.

 

Langkah 5:-
Kemudian masukkan maklumat penumpang dan tekan "continue"


Langkah 6:-
Buat pilihan tambahan yang berkenaan. dalam contoh ini saya tidak membuat sebarang tambahan seperti bag, tempat duduk, makanan, insuran dan lain-lain.



 
Langkah 7:-
Tekan "No" sebab tidak mahu melanggan insuran.

















Langkah 8:-
Sekiranya menggunakan kad kredit/kad debit. Ini adalah langkah terakhir sebelum mendapat nombor 'booking'(tempahan sah).

Tandakan kotak "I have read and agree to the term and ...................."
Masukkan maklumat "contact details". Jika perlu.
Selepas memasukkan maklumat kat kredit dan pembayaran melalui kad kredit diluluskan pihak bank, kita akan terus diberi nombor rujukan pengesahan tempahan (nombor booking).




Langkah 9:-
Sekiranya menggunakan online banking, ikut langkah ini dan seterusnya.

Tandakan kotak "I have read and agree to the term and ...................."
Masukkan maklumat "contact details". Jika perlu.  

Dalam contoh ini saya menggunakan akaun public bank. Jadi pilih FPX dan tekan "Purchase"


Langkah 10:-
Ini adalah senarai FPX, saya pilih Pbebank dan masukkan email ditempat yang disediakan.  Kemudian tekan "agree and continue".


Langkah 11:-
Login ke akaun bank.

Langkah 12:-
Sistem akan menunjukkan butiran untuk pembayaran. Tekan "Request PAC"



Langkah 13:-
Satu sms "PAC no" akan dihantar melalui nombor telefon yang didaftarkan dibank.



Langkah 14:-
Masukkan nombor PAC.

Langkah 15
Langkah ini menunjukkan pembayaran kita diluluskan pihak bank. Tekan 'exit'




Langkah 16:-
Siap, print atau simpan nombor booking. Pihak airasia akan menghantar email kepada kita tentang maklumat penerbangan.

Enjoy dan selamat mencuba.




No comments:

Post a Comment