Bagi mereka yang kali pertama ingin membeli secara online, rasa was-was dan kurang yakin adalah perkara biasa. Ada juga yang bimbang jika barangan yang dibeli tidak sampai dan takut menanggung kerugian. Mengikut pengalaman saya, sebelum membeli secara online biasanya saya akan menyelidiki barang yang hendak dibeli dan penjual barang tersebut. Sesetengah barangan yang dijual secara online adalah lebih murah daripada harga di pasaran luar. Sebab itulah saya gemar membeli secara online.
Terdapat beberapa tempat shopping yang biasa saya kunjungi dan membeli belah termasuklah Zalora, airasia, booking, trivago dan Lazada. Sekiranya barang atau perkhidmatan yang saya perlukan ada dijual di laman-laman web ini. Saya pasti akan membeli secara online.
Kenapa saya beli online?
- Sudah semestinya harga online lebih murah. (Kalau harga kat luar lebih murah, saya beli kat luar je)
- Memudahkan saya "survey" dan bandingkan harga yang paling murah untuk barangan/perkhidmatan yang sama.
- Pilihan yang banyak
- Menjimatkan masa dan tenaga.
(Sila "download" aplikasi lazada melalui "playstore" untuk telefon pintar jenis android dan mendaftar di Lazada)
Langkah 1:-
Pilih produk dan klik "add to cart". Setelah kita "add" barang yang hendak kita beli, logo "shopping cart" yang berada di bahagian atas (kiri) akan menunjukkan bilangan barang yang hendak kita beli. dalam contoh ini, cuma ada 1 barang.
Langkah 2:-
Sekiranya ingin menambah barangan lain, kita boleh cari barang yang dikehendaki dan "add to cart". Selepas memilih barangan, langkah seterusnya adalah melihat barangan yang kita beli, untuk ini klik pada logo "shopping cart" seperti di dalam gambar di atas. Gambar di bawah menunjukkan barangan yang telah kita pilih untuk beli.
Sekiranya kita bersetuju untuk membeli item tersebut klik pada button "proceed to checkout" (rujuk gambar di bawah).
Langkah 3:-
Dalam langkah ini, kita dikehendaki menambah alamat sekiranya belum ada alamat. Kemudian klik button "Proceed to pay"
Langkah 4:-
Banyak barang yang dijual di Lazada boleh di bayar ketika barang sampai (Cash on delivery-COD). Namun demikian atas sebab-sebab tertentu ada barangan yang tidak boleh COD. Untuk pembelian ini saya pilih COD. Seterusnya klik "Review Order" untuk melihat semula dan memastikan barang yang hendak dibeli.
Setelah yakin dan pasti barang yang kita pilih, kita klik pada "Place Order". Selepas ini kita akan diberikan nombor bagi rujukan pesanan/belian kita dan satu email/sms akan dihantar sebagai notis pembelian kita.
Pada bila-bila masa kita boleh melihat status order kita melalui akaun lazada kita.
Langkah 6:- Tunggu barang kita sampai dan enjoy!!





No comments:
Post a Comment