Saturday, 24 September 2016

Panduan membeli tiket airasia


Beli tiket airasia secara online lebih murah daripada beli dikaunter.
Ramai yang tidak sedar bahawa pembelian tiket airasia secara online adalah lebih murah berbanding membeli tiket di kaunter airasia ataupun kaunter ejen-ejen airasia.  Apa yang lebih menarik dengan pembelian tiket secara online adalah, kita boleh membuat pilihan perkhidmatan yang disediakan dengan harga yang lebih murah.

Bagi mereka yang tidak pernah membeli tiket airasia secara online. Di sini saya sediakan beberapa panduan berguna.

Sebelum membeli tiket secara online pastikan kita ada salah satu pilihan cara pembayaran:-

      1.  Online banking
Online banking adalah pilihan cara pembayaran yang paling murah untuk pembelian tiket airasia. Biasanya, setiap 1 transaksi pembelian airasia menggunakan cara pembayaran online banking akan dicaj sebanyak RM4 (tidak termasuk gst) tanpa mengira bilangan penumpang dan perjalanan.  Contohnya 2 orang penumpang, mengambil penerbangan pergi-balik. Caj yang dikenakan adalah RM4 (tidak termasuk gst)

      2.  Kad kredit/kad debit
Caj pembelian menggunakan kad kredit/kad debit adalah rm8 (tidak termasuk gst) setiap seorang, setiap perjalanan. Sebagai contoh 2 orang penumpang, mengambil penerbangan pergi-balik. Caj yang dikenakan adalah 2 orang x 2 perjalanan x RM8 iaitu rm32 (tidak termasuk gst) .

Cara membeli tiket airasia secara online:-
(sebelum membeli tiket airasia, sebaiknya daftar terlebih dahulu untuk memudahkan kita membuat tempahan tiket)

Langkah 1:-
-Masuk ke laman web  https://booking.airasia.com/ 
-Masukkan maklumat carian, contohnya:- 
  • jalan sehala (one way)
  • Johor ke Kota Kinabalu 
  • tarikh 8/10/16
  • penumpang seorang dewasa
 

Langkah 2:-
Gambar di bawah adalah hasil maklumat untuk carian di atas.

 

Langkah 3:-
Buat pilihan masa penerbangan.  Contohnya penerbangan 7.25am, harga RM119 kemudian tekan butang "continue"


Langkah 4:-
Seterusnya kita dikehendaki "login" masuk ke dalam sistem, masukkan email dan password yang didaftarkan.

 

Langkah 5:-
Kemudian masukkan maklumat penumpang dan tekan "continue"


Langkah 6:-
Buat pilihan tambahan yang berkenaan. dalam contoh ini saya tidak membuat sebarang tambahan seperti bag, tempat duduk, makanan, insuran dan lain-lain.



 
Langkah 7:-
Tekan "No" sebab tidak mahu melanggan insuran.

















Langkah 8:-
Sekiranya menggunakan kad kredit/kad debit. Ini adalah langkah terakhir sebelum mendapat nombor 'booking'(tempahan sah).

Tandakan kotak "I have read and agree to the term and ...................."
Masukkan maklumat "contact details". Jika perlu.
Selepas memasukkan maklumat kat kredit dan pembayaran melalui kad kredit diluluskan pihak bank, kita akan terus diberi nombor rujukan pengesahan tempahan (nombor booking).




Langkah 9:-
Sekiranya menggunakan online banking, ikut langkah ini dan seterusnya.

Tandakan kotak "I have read and agree to the term and ...................."
Masukkan maklumat "contact details". Jika perlu.  

Dalam contoh ini saya menggunakan akaun public bank. Jadi pilih FPX dan tekan "Purchase"


Langkah 10:-
Ini adalah senarai FPX, saya pilih Pbebank dan masukkan email ditempat yang disediakan.  Kemudian tekan "agree and continue".


Langkah 11:-
Login ke akaun bank.

Langkah 12:-
Sistem akan menunjukkan butiran untuk pembayaran. Tekan "Request PAC"



Langkah 13:-
Satu sms "PAC no" akan dihantar melalui nombor telefon yang didaftarkan dibank.



Langkah 14:-
Masukkan nombor PAC.

Langkah 15
Langkah ini menunjukkan pembayaran kita diluluskan pihak bank. Tekan 'exit'




Langkah 16:-
Siap, print atau simpan nombor booking. Pihak airasia akan menghantar email kepada kita tentang maklumat penerbangan.

Enjoy dan selamat mencuba.




Thursday, 22 September 2016

Panduan membeli online

Bagi mereka yang kali pertama ingin membeli secara online, rasa was-was dan kurang yakin adalah perkara biasa. Ada juga yang bimbang jika barangan yang dibeli tidak sampai dan takut menanggung kerugian.  Mengikut pengalaman saya, sebelum membeli secara online biasanya saya akan menyelidiki barang yang hendak dibeli dan penjual barang tersebut.  Sesetengah barangan yang dijual secara online adalah lebih murah daripada harga di pasaran luar.  Sebab itulah saya gemar membeli secara online.

Terdapat beberapa tempat shopping yang biasa saya kunjungi dan membeli belah termasuklah Zalora, airasia, booking, trivago dan Lazada.  Sekiranya barang atau perkhidmatan yang saya perlukan ada dijual di laman-laman web ini.  Saya pasti akan membeli secara online.

Kenapa saya beli online?
  1. Sudah semestinya harga online lebih murah. (Kalau harga kat luar lebih murah, saya beli kat luar je)
  2. Memudahkan saya "survey" dan bandingkan harga yang paling murah untuk barangan/perkhidmatan yang sama.
  3. Pilihan yang banyak
  4. Menjimatkan masa dan tenaga.
Cara membeli di Lazada (menggunakan telefon pintar) :

 (Sila "download" aplikasi lazada melalui "playstore" untuk telefon pintar jenis android dan mendaftar di Lazada)

Langkah 1:-
Pilih produk dan klik "add to cart". Setelah kita "add" barang yang hendak kita beli, logo "shopping cart" yang berada di bahagian atas (kiri) akan menunjukkan bilangan barang yang hendak kita beli. dalam contoh ini, cuma ada 1 barang.


Langkah 2:-
Sekiranya ingin menambah barangan lain, kita boleh cari barang yang dikehendaki dan "add to cart". Selepas memilih barangan, langkah seterusnya adalah melihat barangan yang kita beli, untuk ini klik pada logo "shopping cart" seperti di dalam gambar di atas. Gambar di bawah menunjukkan barangan yang telah kita pilih untuk beli.

Sekiranya kita bersetuju untuk membeli item tersebut klik pada button "proceed to checkout" (rujuk gambar di bawah).


Langkah 3:-
Dalam langkah ini, kita dikehendaki menambah alamat sekiranya belum ada alamat. Kemudian klik button "Proceed to pay"
Langkah 4:-
Banyak barang yang dijual di Lazada boleh di bayar ketika barang sampai (Cash on delivery-COD). Namun demikian atas sebab-sebab tertentu ada barangan yang tidak boleh COD. Untuk pembelian ini saya pilih COD. Seterusnya klik "Review Order" untuk melihat semula dan memastikan barang yang hendak dibeli.


Langkah 5:-
Setelah yakin dan pasti barang yang kita pilih, kita klik pada "Place Order".  Selepas ini kita akan diberikan nombor bagi rujukan pesanan/belian kita dan satu email/sms akan dihantar sebagai notis pembelian kita.




Pada bila-bila masa kita boleh melihat status order kita melalui akaun lazada kita.

Langkah 6:- Tunggu barang kita sampai dan enjoy!!